Pages

Saturday, 29 October 2011

cItE SeRaM 4




Setiap kali hujan lebat dimalam Jumaat, aku pasti terkenang kejadian ngeri dirumah datukku. Kejadian ini berlaku kira-kira 13 tahun yang lalu. Aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 13/3/86. Waktu itu cuti sekolah. Aku tinggal bersama datukku disebuah kampung pendalaman di negeri Pahang. Datukku memang seorang pawang yang terkenal. Walaupun rumahnya agak jauh dipendalaman, tetapi ramai orang datang kerumahnya untuk mendapatkan ubat dan rawatan secara tradisional. Setiap kali dia mengubati orang dia akan masuk kesebuah bilik kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin. Tiada siapa yang dibenarkan masuk kecuali dia seorang walaupun pesakit itu sendiri. Sewaktu dia didalam bilik, kami yang diluar akan mendengar suara seperti orang berbual dalam bahasa yang tidak difahami. Apabila dia keluar dia akan membawa sebotol air. Katanya air itu adalah ubat buat sipesakit. Entah dari mana datangnya air itu, aku sendiri tak pasti kerana setahu aku dirumahnya cuma terdapat satu paip air iaitu di bahagian dapur.

Datukku memang sudah lama tinggal sendirian. Aku sendiri tidak pernah melihat wajah nenekku. Katanya nenekku meninggal sewaktu aku masih kecil lagi. Dia tidak akan menerima sebarang pesakit pada setiap malam Jumaat. Katanya dia ingin menghabiskan malam Jumaat dengan beramal. Dan pada setiap malam Jumaat aku dihantar kerumah Pak Cik ku yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Katanya dia tidak mahu diganggu.

Pada 13/3/86, hujan turun begitu lebat sekali dengan kilat dan guruh yang sabung-menyabung. Malam itu dia tidak dapat menghantar aku kerumah Pak Cik ku. Selepas masuk waktu maghrib, dia berpesan kepadaku supaya tidak menganggunya dan menyuruh aku membuat kerja sendiri didalam bilik bersebelahan dengan bilik kecil tempat dia beribadat. Aku tidak membantah. Sepanjang waktu itu aku terdengar datukku mengaji dan membaca Yassin. Aku tidak mengesyaki sesuatu sehingga lah kira-kira jam 9:30 malam apabila aku terdengar datuk seperti berbual dengan seseorang didalam biliknya dengan bahasa yang pelik. Tapi cuma suaranya sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba aku terdengar datuk melaungkan azan disertai dengan dentuman guruh yang begitu kuat sekali. Aku tersintak. Segera aku keluar dan mengetuk biliknya. Datuk seolah-olah tidak memperdulikan aku. Aku cuba membuka pintu biliknya tetapi dikunci dari dalam. Aku terus mengetuk.

Tidak lama kemudian, datuk membuka pintu. Mukanya bengis. Matanya merah menyala. Dia memandang aku dengan satu pandangan seolah-olah ingin menelanku hidup-hidup. Aku terkedu. Dan mengundur beberapa langkah. Mungkin datuk faham perasaanku ketika itu. Dia tidak berkata sepatah pun. Dia terus menuju kepintu hadapan. Sebelum dia melangkah keluar didalam hujan lebat dia berpesan supaya jangan sekali-kali aku masuk atau cuba mengintai bilik kecilnya. Aku cuma mengangguk.

Setelah dia pergi, hati ku terus tertanya-tanya apa yang ada didalam bilik kecilnya itu sehinggakan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau melihat isi dalamnya. Kerana rasa ingin tahu yang teramat sangat, aku tidak mengendahkan amarannya. Dengan perlahan-lahan aku menolak pintu biliknya. Suasana didalamnya terasa sejuk dengan cahaya api lilin yang berbalam-balam. Seluruh ruang bilik itu dipenuhi dengan bau keminyan. Lilin besar berwarna hitam didalam bekas tembaga diletakkan diatas para yang dilapik dengan kain hitam. Sebelahnya terdapat satu lagi bekas tembaga yang bertutup. Aku memerhati disekelilingku. Tidak ada satu perabut pun. Cuma sekeping tikar mengkuang lama dan bekas pembakar keminyan sahaja yang kulihat. Hati tu berdetik untuk melihat isi kandungan bekas tembaga yang bertutup tadi. Dengan perlahan-lahan aku membuka tutupnya. Tidak semena-mena satu cahaya kilat memancar disertai dentuman guruh yang amat kuat memekak telingaku. Aku tersangat terkejut sehingga tutup tembaga terlepas dari tanganku. Disaat itu juga aku terdengar satu bisikan ditelinga kiriku. Bulu romaku meremang. Aku bingkas bangun dan berlari keluar. Keadaan diluar gelap gelita. Mungkin kilat tadi telah menyambar kotak fius rumah datukku. Aku semakin kecut. Aku seakan-akan terdengar suara hilaian dari atas bumbung rumah. Tiba-tiba pintu bilik datukku tertutup dengan kuatnya seperti ditiup angin. Keadaan menjadi semakin gelap. Aku mengucap dan membaca segala ayat-ayat suci yang terlintas difikiran. Disaat itu juga aku terdengar seperti ada orang sedang memijak tangga dapur disertai dengan bau bunga melur bercampur dengan bau keminyan. Aku semakin panik. Aku menoleh kedapur dan terlihat sehelai kain putih yang terawang-awang di pintu dapur. Suara hilaian diatas bumbung semakin menjadi-jadi. Ketika itu aku sudah hilang pertimbangan. Aku terus berlari kepintu hadapan. Malangnya kaki ku tersangkut sesuatu. Aku tersungkur. Aku cuba bangun tetapi kesakitan menghalang aku berbuat demikian. Aku terasa ada sesuatu mencuit bahu kananku. Aku terus menoleh. Apa yang aku lihat sungguh mengerikan. Ada sekujur tubuh budak perempuan yang teramat kurus berdiri tegak disebelahku. Oleh kerana jarak antara kami begitu dekat aku dapat melihat matanya besar dan bulat tetapi tidak ada mata hitam dan baunya sungguh busuk seperti bau bangkai. Semangatku terus hilang.

Apabila aku tersedar, aku telah berada dikatil hospital. Ibubapa dan datukku ada bersama. Mata ibuku merah mungkin kerana terlalu banyak menangis. Katanya aku telah tersantar disitu hampir 4 hari. Kaki kiriku bersimen. Menurutnya datuk menjumpaiku dihalaman rumah sewaktu hujan lebat sekembalinya dari kedai untuk membeli rokok daun. Ibu diberitahu oleh datuk yang aku mungkin terjatuh dari tangga ketika aku cuba untuk kerumah pakcikku diwaktu hujan. Katanya lagi mungkin aku takut tinggal sendirian ketika itu waktu keadaan rumah yang gelap dan hujan lebat. Aku tidak pasti samada datuk menceritakan perkara yang sebenarnya.

Datuk tidak pernah menanyakan peristiwa yang berlaku sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir 6 tahun lalu. Cuma satu pesanannya yang aku ingat sehingga sekarang. Hendaklah kita mematuhi segala pesanan orang tua untuk kebahagian diri sendiri dan orang-orang yang disayangi dan menyayangi diri kita

i.

KaRaOkE SeLePaS KeMaLaNgAn...


video ni ak rakam lps ak accident,kaki ak cdera parah,haha,kpala ak benjol,moto ak rosak,hp ak ilang time 2,mat rempit kuang ajar,bkn nk tlg ak,hp ak pom die kebas,baby tol...time ni ak nyanyi smbil mnahan sakit,cuba mghayati lagu ni sbb tajok lagu ni hampa,ak mmg hampa giler time ni.hahahaha,time ni ak dok ngn paes anjell n cosa nostra ngan kawan die.huhu



Friday, 28 October 2011

POtReT AkU Yg TeLh BrJaYa Di LuKiS OlEh mEmBeRku.waaaaa,TeRhArU


sebijik dop???hahahha,nampaknya gmbr ni lagi kacak dari aku yg sbnrnya.hahahhahaha,anyway,thanks 4 my fren,GARU!!!!!,thanks,sape2 nk add die...leh la,promote sket.hehe,http://www.facebook.com/AAdryMeisters,klu anda semua nk soh die lukis potret korg gak,leh la,pm die je kt fbdie,antr gmbr,rm5 jek.hehehe


Tuesday, 25 October 2011

CeRiTa SeRaM 3



Assalamualaikum.....Sebenarnya aku dah lali dengan cerita-cerita seram ni. Tapi untuk tatapan dan renungan kita semua aku gagahkan diri untuk ceritakan satu daripada beribu-ribu pengalaman ngeri untuk blog izraff ni.

Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut.

Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.

Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......

Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.

Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun.

Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.

Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.

Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.

Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.

Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.

Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.

Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.

Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Allahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga..                
                                

CeRiTa SeRaM 2

Tok Bidan                                                                                 

Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama kalian adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang hayat. Waktu itu aku mengikut kawanku balik kekampungnya disatu daerah berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan dan kebetulan pula musim durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak pokok durian. Aku terus bersetuju kerana aku memang penggemar durian.

Kami tiba dikampung pada petang Sabtu setelah semalaman didalam perjalanan menaiki keretapi. Sesampai sahaja dirumah kami telah disambut mesra oleh keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah, meskipun aku menghadapi kesukaran untuk memahami setiap patah perkataan yang dituturkan. Setelah berehat seketika, kawanku mengajak aku mandi disungai yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang. Ibunya melarang kami pergi kesungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi kami tetap berdegil untuk mandi disungai. Lagi pun jarak sungai dengan rumahnya lebihkurang 500 meter sahaja. Kalau kami melaung pun boleh didengar. Begitulah kata kawanku kepada ibunya. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami balik semula sebelum 7:30.

Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik kawanku yang berumur dalam lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya balik sebelum hari gelap kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh memperkatakan tentang hantu tok bidan yang berkeliaran dikampung itu pada waktu malam. Meremang bulu romaku apabila mendengar pesan adiknya itu. Mahu sahaja aku membatalkan niat untuk mandi disungai. Tetapi kawanku sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu. Dengan hati yang berat, aku mengekori kawanku dari belakang. Mataku liar melihat semak-semak dikiri-kanan. Ketika itu matahari sudah hampir terbenam. Cahaya kilauannya berbalam-balam dipermukaan air. Aku merasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-geri kami. Sesampai sahaja digigi sungai, kawanku terus terjun. Kocakkan airnya mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh. Aku turun keair dengan berhati-hati. Perasaanku merasa tidak tenteram. Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku memberitahu kawanku supaya cepat naik dan balik. Tetapi aku diketawakan. Katanya aku ini pengecut sangat. Katanya lagi adiknya cuma bergurau. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh kedalam air tidak jauh dari tempat kami. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. Keadaan manjadi sunyi seketika. Cuma kedengaran suara riang-riang hutan bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri. Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah kata, kami berdua berlari naik kedarat dan terus mencapai barang-barang dan berlari kerumah. Ibunya hairan melihat kami termengah-mengah apabila sampai kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum menyindir. Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum mendengar ceritaku. Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh kedalam sungai tadi. Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu tok bidan yang diceritakannya sebelum kami kesungai tadi. Aku sendiri kebingungan. Kalau dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana yang kami dengar.

Selepas makan malam, aku duduk berehat diruang tamu bersama adiknya. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengetahui akan lebih lanjut lagi cerita hantu tok bidan yang diceritakannya petang tadi. Menurut katanya, ada seorang perempuan tua yang tinggal dikampung yang berdekatan baru meninggal dunia. Orang-orang kampung memanggilnya Tok Bidan kerana dia seorang bidan kampung. Semasa dia dalam keadaan nazak, keadaannya amat tersiksa. Dia sentiasa kehausan. Entah berapa banyak air yang diberi, dia tetap kehausan. Sehinggalah dia menghembus nafas terakhir, dia meronta-ronta minta diberikan air. Menurut orang kampung semasa hayatnya, dia telah banyak melakukan dosa seperti menggugurkan kandungan secara dan melakukan pemujaan untuk meningkatkan lagi ilmu kebidanannya. Menurut mereka lagi, dia ada membela hantu raya. Pernah beberapa kali orang-orang kampung terserempak dengannya merayau-rayau diwaktu malam dengan keadaan tubuhnya yang bongkok. Tetapi pada waktu yang sama ada juga orang-orang kampung yang sedang berubat dirumahnya. Setelah meninggal dunia, orang-orang kampung menghadapi berbagai masalah untuk menguruskan mayatnya. Sewaktu mayatnya hendak ditanam, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan liang lahatnya terpaksa digali berkali-kali kerana tanah runtuh akibat hujan yang amat lebat dan bacaan talkin cuma dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana keadaan cuaca yang buruk pada waktu itu. Pada sebelah malamnya, orang-orang yang lalu-lalang berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan seakan-akan terdengar suara orang sedang meratap disertai dengan bau yang amat busuk. Pada malam yang sama juga beberapa buah rumah telah diketuk pintu berkali-kali dan apabila dibuka, tiada sesiapa diluar. Jika dibiarkan, ketukan pintu menjadi bertambah kuat dan bau busuk memenuhi ruang rumah. Badanku terasa seram sejuk apabila mendengar cerita adik kawanku itu.

Jam baru menunjukkan pukul 10:30. Keadaan sekitar terasa sunyi. Cuma bunyi cengkerik dan jam dinding yang kedengaran. Mataku pun sudah terasa berat. Kawanku sengaja mahu menyakatku. Dia menyuruh aku tidur didalam biliknya manakala dia hendak tidur diruang tamu. Aku terus tidak bersetuju. Apa lagi setelah mendengar cerita dari adiknya sebentar tadi. Katanya dia cuma bergurau. Kami sama-sama tidur didalam bilik. Tempatku bersebelahan dengan daun tingkap. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tidak peduli, asalkan dapat tidur. Entah pukul berapa, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan halus dari luar daun tingkap kayu disebelah aku. Aku tetap memejamkan mata tetapi jantungku berdegup laju. Ketukan tadi menjadi semakin kuat disertai dengan bau seperti bau bangkai yang teramat busuk. Aku menahan nafasku dan berpaling dari arah daun tingkap. Aku cuba mengejutkan kawanku. Tetapi dia tiada disebelah ku. Mungkin dia tidur diruang tamu. Jantungku berdegup laju. Peluh sejuk membasahi tubuhku. Daun tingkap terus diketuk dan digoyang. Aku menjadi kaku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara halus menyuruhku membuka tingkap. Katanya dia ada membawa anak kecil. Dia hendak menumpang minum air. Aku menjadi bertambah kecut. Aku tidak mempedulikannya. Ketika itu aku telah berada dihujung katil diselimuti gebar sambil memeluk bantal. Suara yang halus tadi bertukar menjadi serak dan akhirnya menjadi parau. Katanya lagi kalau aku tidak mahu membuka tingkap, dia tetap akan masuk untuk mencari air. Waktu itu cuma tuhan yang tahu bagaimana perasaanku. Dengan tiba-tiba aku terasa seperti ada angin lembut bertiup dimukaku dan pada waktu yang sama tiba-tiba daun tingkap terbuka luas. Apa yang aku lihat sungguh menggerunkan. Diluar tingkap kelihatan seorang perempuan tua tersengeh memandangku. Dengan giginya yang jarang dan merah serta rambutnya yang penuh uban mengurai. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala sebelah lagi memegang janin bayi. Pandanganku menjadi kelam, cuma yang kudengar ialah suara parau yang menggigil-gigil menyebut perkataan "air" berkali-kali.

Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan bunyi daun tingkap dibuka. Cahaya matahari pagi menyucuk mataku. Rupa-rupa hari sudah siang. Kawanku mengajak aku bersiap untuk kedusun durian datuknya. Aku terpinga-pinga. Dalam perjalanan kedusun aku bertanya kepada kawanku adakah dia tidur diruang tamu malam tadi. Dia mengaku. Katanya dia tidak dapat tidur dibilik kerana panas. Katanya lagi waktu itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku bertanya kepadanya lagi adakah tingkap bilik terbuka atau tertutup sewaktu dia masuk kebilik pagi tadi. Katanya tertutup. Dia menyoalku kembali, kenapa aku banyak bertanya. Aku cuma menggelengkan kepala sambil berkata tidak ada apa-apa. Sehingga kehari ini aku tidak pasti adakah kejadian ngeri itu benar-benar berlaku, atau cuma aku yang bermimpi. Bagiku setiap detik yang berlalu ketika kejadian itu memang seperti ianya benar-benar berlaku.



CeRiTa SeRaM 1


KAIN PUTIH~~~                                                    

Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper.




Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming. Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar.

Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi aku tersintak apabila terdengar lolongan diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya.

Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa seram sejuk. Lolongan diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling.
Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan. Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai.

Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar.

Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang pada waktu yng sama

.

Monday, 24 October 2011

CeRiTa LuCu 10

Malam itu bulan mengambang penuh
Sejuk dan sunyi
Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan
Namun jantungku berdebar kencang

Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya


Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau
Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja
Dialah yang pertama bagiku

Malam sudah hampir subuh
Aku masih terpaku lagi
Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku
Orang lain semua masih tidur
Kata orang inilah masa yang paling sesuai
Sebelum subuh
Sebelum matahari terbit

Ahhhhhhhhh!!
Aku lelaki
Aku mesti boleh melakukannya
Mesti mesti mesti
Ku beranikan diri
Ku pandang saja
Dia diam saja
Ku renung matanya
Dia masih diam
Aku tahu dia menunggu aku
Akulah yang mesti melakukan
Mesti mesti mesti

Denyutan jantungku bertambah kencang
Kuberanikan diri lagi
Ku pegang kepalanya
Dia masih diam
Perlahan, ku raba belakangnya
Oh! Dia bergerak
Mungkin geli
Denyutan jantungku tidak terkira lagi

Ku pandang punggungnya yang bulat
?besar? terlintas di fikiranku
gatal di hatiku makin menjadi
ku pegang punggungnya yang pejal
ku dengar deru nafasnya
jantungku hampir meletup kurasa
geramku tidak tertahan lagi
kini aku sudah nekad
ku pegang susunya
ohhhh! Alangkah lembutnya
alangkah halus kulitnya
ku ramas perlahan
dia menoleh!!
Hampir pengsan ku rasa
Namun aku tahu aku sudah bersedia
Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk
Aku sudah tidak malu lagi
Aku sudah tidak takut lagi
Aku kangkangkan kedua kakinya
Ku letakkan kedua tanganku pada susunya
Besar dan penuh
Ku ramas pelahan
Lagi dan lagi
Kini aku sudah tahu
Kini aku sudah rasa
Bagaimana seronoknya
Memerah susu lembu...